loading...
Lelaki Disangka Mati dan Terbiar Atas Jalan Rupanya Masih Hidup Semasa Sedang Dikebumikan
Sebuah pekan di Monrovia, di sini, menjadi kecoh selepas seorang lelaki yang disangka mati dan terbiar di atas jalan selama berhari-hari, bangun dan masih hidup ketika dia sedang dipersiapkan untuk dikebumikan.
Lelaki yang berusia 37 tahun itu dikatakan sudah meninggal dunia akibat Ebola beberapa hari lalu selepas pasukan perubatan enggan merawatnya.
Akhirnya setelah pekerja rumah mayat dipanggil dan ketika mereka dalam persiapan untuk pengebumian, dia menggerakkan tangannya.
Keadaan itu mengejutkan penduduk di situ dan mereka turut bersorak selepas mendapati dia masih hidup.
Penduduk kemudiannya merayu kepada pasukan paramedik untuk membawa lelaki berkenaan ke hospital bagi tujuan rawatan.
Insiden itu dirakamkan oleh wartawan ABN News, Dr Richard Besser yang ketika itu menyangka lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.
Malah ketika ia dirakamkan, pasukan perubatan sudah pun menyembur ubat pada badannya dan dia juga dibalut dengan kain yang sudah dinyahkan kuman.
Menurut Dr. Besser, tidak diketahui setakat mana tahap kesihatan lelaki itu namun dia kelihatan sangat uzur dan tidak ada sesiapa yang menyangka dia akan hidup selama itu.
loading...
0 Response to "(TRENDING) Gempar !! Lelaki Disangka Mati dan Terbiar Atas Jalan Rupanya Masih Hidup !"
Post a Comment