loading...
"Kenderaan yang kita bawa memerlukan penyenggaraan berkala, di mana sesetengah alat ganti perlu ditukar akibat kerosakan atau mengalami masalah kehausan dan kelusuhan. Berikut ialah 10 alat ganti kereta paling kerap ditukar. Kelewatan menggantikannya atau sikap ambil mudah bukan sahaja menyebabkan masalah berterusan, tetapi turut mendedahkan pemandu kepada risiko kemalangan jalan raya."
1. BATERI
Apabila bateri kenderaan anda mula berusia, prestasi enjin merosot dan risiko kegagalan enjin meningkat. Pada situasi tertentu, kereta anda mungkin perlu ‘jump start’ (pemulaan lompatan) untuk menghidupkannya. Lapisan asid dan caj rendah adalah sebab biasa yang menyebabkan kegagalan bateri walaupun tabiat pemanduan teruk seperti terlupa menutup lampu dan membiarkan penyaman udara terpasang apabila kereta tidak dihidupkan dan meninggalkan kereta terlalu lama turut menjadi punca masalah.
Penyelesaian terbaik ialah menggantikan bateri setiap empat hingga lima tahun dan memeriksanya sekerap mungkin bagi memastikan terminal tidak kotor dan kabel tidak rosak, termasuk kerosakan fizikal lain.
2. LAMPU LUARAN
Lampu brek, signal belok, lampu belakang dan lampu luaran kecil lain cenderung mengalami kerosakan berbanding lampu utama. Disebabkan anda tidak dapat melihat bilakah ia berlaku kerana duduk di dalam, anda sepatutya memeriksa lampu-lamput tersebut secara berkala.
Minta bantuan rakan untuk berdiri di luar semasa anda menguji semua lampu berkenaan. Sebarang mentol terbakar perlu ditanggalkan daripada perumah, digantikan dan diuji sekali lagi supaya berfungsi dengan baik. Manual pengguna akan memberitahu anda cara yang betul mmenanggalkan mentol rosak.
3. ROTOR BREK
Rotor menghalang sistem brek kekiut, keriut dan menderam serta sebarang sensasi denyutan (pulsing) semasa membrek. Tanda-tanda berkenaan memerlukan pemeriksaan segera terhadap sistem brek.
nderaan daripada panas melampau semasa menggunakannya. Bagaimanapun, geseran yang berlaku daripada pad brek dan kaliper boleh menyebabkan rotor menjadi kurang efisien. Jika terlalu haus, kereta anda berisiko mengalami kegagalan sistem brek. Beri perhatian kepada bunyi4. CERMIN DEPAN (WINDSHIELD)
Debu berterbangan dan serpihan kotoran yang terkena cermin depan semasa memandu boleh menyebabkan masalah retak tekanan. Jika kemalangan, cermin depan itu mungkin musnah habis.
Cucian berkala pada permukaan cermin depan bukan saja boleh mengelak masalah calar, tetapi beberapa langkah awal boleh dilakukan jika ada keretakan dikesan. Anda boleh menghalang retak tekanan daripada merebak denganmenggunakan pita jernih dan menyimpan kereta di bawah suhu konsisten hingga cermin baharu dipasang. Sebagai persediaan awal, anda boleh mengambil insurans khas perlindungan cermin depan semasa memperbaharui insurans dan cukai jalan.
5. SISTEM PEMANTAUAN TEKANAN TAYAR
Menyenggara tekanan tayar menjadi lebih mudah apabila kereta anda memiliki sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) yang berfungsi baik. Namun, kegagalan bateri boleh menyebabkan ciri keselamatan itu tidak dapat beroperasi dengan baik.
Ada dua jenis sistem, iaitu sistem tidak langsung yang membaca tekanan tayar daripada sensor dalam brek anti-kunci dan memastikan paras tekanan betul dengan memantau jumlah putaran setiap roda, manakala sistem langsung memiliki sensor yang terletak dalam tayar untuk memberikan bacaan lebih tepat. Kekurangannya, apabila sistem tidak berfungsi, anda memerlukan bantuan pakar.
6. KOMPONEN LAMPU DEPAN
Lampu depan yang berfungsi baik sangat penting untuk keselamatan pemanduan malam atau cuaca gelap. Jika lampu tidak memberikan cukup pencahayaan, anda berisiko terbabit kemalangan disebabkan tahap kejelasan penglihatan yang rendah.
Atasi masalah ini dengan:
• Ganti mentol terbakar apabila satu lampu rosak.
• Periksa geganti (relay), fius, pendawaian dan suis apabila kedua-dua lampu depan tidak berfungsi, dan gantikan seperti diperlukan.
• Periksa alternator jika lampu depan malap. Ini ada kaitan dengan sistem pengecajan.
• Periksa geganti (relay), fius, pendawaian dan suis apabila kedua-dua lampu depan tidak berfungsi, dan gantikan seperti diperlukan.
• Periksa alternator jika lampu depan malap. Ini ada kaitan dengan sistem pengecajan.
7. PALAM PENCUCUH
Masalah prestasi seperti kesukaran menghidupkan kenderaan, pecutan perlahan, pemelahuan (idling) kasar dansalah cetusan (misfiring) atau pusuan (surging) enjin mungkin menandakan anda memerlukan palam pencucuh baharu.
Baik pulih ini tidak mahal dan tidak terlalu sukar untuk menggantikannya sendiri. Lihat manual pengguna untuk mengesan kedudukan palam pencucuh, dan perhatikan sebarang tanda kehausan dan kelusuhan. Berhati-hati membuka palam pencucuh lama, bersihkan jejak (thread) dalam terminal dan lincirkan palam pencucuk baharu sebelum memasangkannya.
8. ALAT KAWALAN MASUK TANPA KUNCI (KEYLESS ENTRY)
Walaupun sistem masuk tanpa kunci boleh jadi penyelamat nyawa ketika anda menuju kereta dengan tangan dipenuhi barang, sistem ini juga tidak asing dengan masalah. Masalah paling biasa berlaku ialah kegagalan bateri pada alat kawalan dan ia boleh diatasi dengan menggantikan bateri baharu. Satu lagi masalah berpunca daripada cara alat kawalan tersebut disimpan secara tidak sepatutnya.
Perkara lain yang kerap berlaku adalah pengaktifan luar jangkaan bagi amaran panik dan mekanisme mengunci akibat tertekan punat secara tidak sengaja. Jika sistem tidak berfungsi dan bateri bukan punca masalah, minta mekanik periksa litar alat kawalan, dan juga motor dalam kunci pintu kenderaan.
9. HENDAL DAN KUNCI PINTU
Kekerapan keluar masuk kenderaan boleh menyebabkan kelusuhan dan kegagalan pada kunci pintu. Mekanisme dalam kunci untuk membuka pintu dipanggil silinder kunci, dan ada beberapa tanda yang menunjukkan ia mungkin perlu diganti:
• Kunci kereta tersekat, termasuk patah dalam kunci.
• Kunci hanya dapat membuka beberapa pintu, dan bukan kesemuanya.
• Kunci kereta dapat dimasukkan dalam kunci, tetapi tidak dapat dipulas.
• Kunci hanya dapat membuka beberapa pintu, dan bukan kesemuanya.
• Kunci kereta dapat dimasukkan dalam kunci, tetapi tidak dapat dipulas.
Masalah begini ialah kerosakan mekanikal biasa dan perlu dibaiki segera untuk keselamatan anda dan penumpang.
10. FIUS
Jika anda mengalami masalah berterusan dengan bilah pengelap cermin, pengelip, pemanas dan instrumen kenderaan lain, anda mungkin menghadapi masalah kerosakan fius.
Bagi memastikan sama ada fius bermasalah atau tidak, cari kotak fius dalam kereta dan periksa sebarang fius hitam. Anda juga boleh memegang fius dan menghalanya di hadapan punca cahaya untuk melihat jika wayar dalaman sudah patah. Fius terbakar tidak boleh dibaiki, tetapi dalam banyak kes anda boleh menggantikannya sendiri.
Sebagai langkah keselamatan, anda perlu memeriksa semua bahagian itu secara berkala dengan mencari tanda kehausan yang mungkin memerlukan ia digantikan. Penyenggaraan teliti mampu membuatkan kenderaan anda berfungsi dengan baik dan dapat dipandu baik.
loading...
0 Response to "(ViRaL) 10 Alat Ganti Kereta Paling Kerap Ditukar, dan Bilakah Perlu Menggantikannya... Para Pemandu Tolong Baca Untuk Mengurangkan Kos Selenggara Kereta Anda."
Post a Comment