(ViRaL) Sayu Hati Seorang Guru Menceritakan Kisah Anak Muridnya Yang Hidup Sendirian Kerana Ayah Kandung Dan Ibu Tirinya Bercerai..Hatimu Kuat Wahai Anak.

loading...

"Hati cikgu mana yang tak tersentuh bila berjumpa dengan seorang murid yang begitu cekal mengharungi hidup sendirian tanpa kedua ibu bapa yang tersayang.. jika mengharapkan mak tirinya, mungkin kisah dongeng bawang putih bawang merah itu benar-benar wujud dalam kehidupannya..

Baca kisah cikgu ini mengenai anak muridnya yang tinggal sendirian selepas pencerai ayah dan mak tirinya.. jangan lupa sediakan tisu..sebarkan kisah kecekalan anak ini.."



"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga.

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.

"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.

"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde".

"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.

"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku.

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.
***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya.

Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.

Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.

Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.
***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah.

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor.

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.

Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah!

"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah

loading...

0 Response to "(ViRaL) Sayu Hati Seorang Guru Menceritakan Kisah Anak Muridnya Yang Hidup Sendirian Kerana Ayah Kandung Dan Ibu Tirinya Bercerai..Hatimu Kuat Wahai Anak. "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close