(TrenDinG) Ngerii.. Kanak-kanak dan Bayi Terkulai Akibat Nahas Jalan Raya Ngeri Yang Melibatkan Tujuh Buah Kereta, Sebuah Motosikal Dan Sebuah Lori.

loading...

"Antara mangsa yang terlibat adalah sorang kanak-kanak dan seorang bayi. Kanak-kanak itu didapati dalam keadaan selamat dan manakala bayi dijumpai terkulai tidak sedarkan diri di dalam kereta dan terdapat luka di bagian kepala"

Ngerii.. Kanak-kanak dan Bayi Terkulai Akibat Nahas Jalan Raya Ngeri Yang Melibatkan Tujuh Buah Kereta, Sebuah Motosikal Dan Sebuah Lori.




Telah berlakunya sebuah kemalangan ngeri di jalanraya menghala ke Rawang, berhadapan Pusat Beli Belah NSK dalam kejadian kira kira jam 1.50 tengah hari tadi.
Kejadian tersebut melibatkan tujuh buah kereta, sebuah motosikal dan sebuah lori. Sejurus itu, orang ramai di sekitar kejadian sedang cuba menyelamatkan mangsa-mangsa.
Menurut sumber, antara mangsa yang terlibat adalah sorang kanak-kanak dan seorang bayi. Kanak-kanak itu didapati dalam keadaan selamat dan manakala bayi dijumpai terkulai tidak sedarkan diri di dalam kereta dan terdapat luka di bagian kepala.
Malangnya, pemandu lori itu dipercayai telah melarikan diri daripada tempat kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.52 tengah hari.
“Sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dan BBP Rawang dikerahkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah Nissan Almera remuk di bahagian belakang.
“Seorang penumpang wanita parah akibat tersepit di tempat duduk belakang kenderaan itu dan bomba segera mengeluarkan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
loading...

0 Response to "(TrenDinG) Ngerii.. Kanak-kanak dan Bayi Terkulai Akibat Nahas Jalan Raya Ngeri Yang Melibatkan Tujuh Buah Kereta, Sebuah Motosikal Dan Sebuah Lori."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close