(TrenDinG) Wajib Baca! Pakar Perubatan dan Buah Pinggang Ini Tegur Korang Yang Yakin Sihat Diusia Muda.. Tapi, Ada Penyakit Darah Tinggi Tahap Serius! Sebarkan.

loading...

"Ehh.. nampak macam sihat, betul ke sihat? cuma nak bagitau, luar sihat belum tentu dalam sihat ye adik kakak abang pakcik makcik.. baca nasihat pakar perubatan dan buah pinggang ini.. korang yang ada darah tinggi tu, diwajibkan baca sebab ada tips dan tips no3 tu selalu orang darah tinggi buat.. sebarkan supaya ramai orang tahu.."



Usia muda bukan alasan tidak endahkan kesihatan!

Baru 29 tahun, tahun 2015 katanya dah ada darah tinggi. Seorang lelaki, kahwin pun belum sempat lagi. Beliau diberi ubat, diberi temujanji tetapi temujanji ke mana, ubat lagi lah tidak tahu ke mana. Masa itu fungsi buah pinggang masih normal.

Katanya sihat lepas itu. Oleh itu, beliau tidak makan ubat. Elok lah.

Beberapa hari lepas, beliau perlu masuk ke hospital secara kecemasan. Beliau sudah tidak tahan. Muntah-muntah, sesak nafas. Bacaan Tekanan Darah 230/120 mmHg. Bacaan urea 31 mmol/L (normal bawah 6) & creatinine 1009 mmol/L (normal bawah 100). Bacaan urea & creatinine (bahan toksik) tinggi disebabkan buah pinggang rosak & bahan toksik tidak dapat dikumuhkan.

Terpaksa ditebuk leher beliau untuk tujuan dialisis. Lantas, saya melakukan prosedur biopsi buah pinggang (gambar hiasan). Keputusan kembali mengesahkan beliau ada radang buah pinggang (glomerulonephritis) yang sekarang sudah terlambat untuk dilakukan apa-apa. Beliau perlu rawatan Dialisis seumur hidup.

Nasi sudah menjadi bubur.

Anda tiada simptom TIDAK BERMAKSUD anda tidak ada masalah dalaman! Jangan buat acuh tak acuh bila ada penyakit Darah Tinggi terutama yang masih muda, kerana mungkin ada penyebab Darah Tinggi itu.

Antara sebab utama adalah Radang Buah Pinggang. Banyak ubat yang boleh diberi & dirawati untuk baik sepenuhnya. Akan tetapi, ianya perlu cepat, diakukan di peringkat awal sebelum teruk. Kalau kencing berbuih, itu mungkin petanda awal iaitu buah pinggang bocor protein (proteinuria). Lekas periksa fungsi buah pinggang. Senang sahaja: dengan ujian darah and urin (air kencing).

Yang ada Darah Tinggi pastikan:
1. Tekanan Darah dalam kawalan supaya organ tidak rosak. Bincang "target" untuk bacaan Tekanan Darah (lain orang lain, bergantung kepada risiko, CPG 2013). Makan ubat ikut aturan.
2. Senaman
3. Makanan kurang masin! Tinggalkan kicap, sambal belacan, tempoyak, budu yang sedap itu. Mi segera, makanan "fast-food" lagi tidak boleh.
4. Jangan merokok

Antara nombor 1-4 itu, tidak boleh pilih-pilih ya, semua MESTI buat. Baru lah dipanggil usaha. Bukan dengan cara beli-beli ubat suplemen, herba entah apa lagi yang membuang duit. Ianya mungkin lagi memudharatkan.

Khidmat kesihatan yang kami sediakan sangat mudah diperolehi, tetapi kenapa masih ramai tidak ambil kisah?

Nampak berat kerja kami pengamal perubatan untuk mengubah sikap TIDAK KISAH ini.

Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan & Buah Pinggang
#MedTweetMY
loading...

0 Response to "(TrenDinG) Wajib Baca! Pakar Perubatan dan Buah Pinggang Ini Tegur Korang Yang Yakin Sihat Diusia Muda.. Tapi, Ada Penyakit Darah Tinggi Tahap Serius! Sebarkan."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close