(ViRaL) AllahuAkbar.. Misteri Sebuah Kampung Sering Berlaku Kematian.. 61 Penduduk Meninggal Dalam Masa 45 Hari..

loading...
"ini merupakan perkara yang jarang berlaku.. kematian dalam tempoh 45 hari ini terlalu ramai.. mereka seperti terkena sesuatu yang misteri semasa hidup"



TUBAN, INDONESIA: Suruhanjaya Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia menghantar satu pasukan di Desa Karanglo di Tuban, Jawa Timur bagi menyiasat kejadian 61 penduduk meninggal dunia dalam tempoh 45 hari.
Ketua pasukan itu, Hartono berkata, mereka tiba di desa berkenaan pada Isnin lalu dan sudah memulakan siasatan serta temubual dengan penduduk.
“Kami bukan sahaja membuat siasatan di desa ini, tetapi beberapa desa berhampiran di Tuban.
“Ramai penduduk percaya kematian berkenaan dipercayai berpunca daripada pencemaran kilang simen,” katanya.
Sebuah akhbar di Indonesia baru-baru ini melaporkan, 61 penduduk kampung berkenaan meninggal dunia secara misteri sejak pertengahan Februari hingga 1 April lalu.
Ketua Desa Karanglo, Sunandar berkata, daripada jumlah itu 80 peratus meninggal dunia akibat sakit dan 20 peratus lagi akibat kemalangan jalan raya dan sakit tua.
“Daripada 80 peratus yang sakit itu, seramai 60 peratus akibat sakit paru-paru dan 20 peratus diserang strok.
“Semua yang meninggal dunia kerana sakit ini berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an,” katanya.
Menurutnya, pada 26 Mac lalu tiga penduduk meninggal dunia dalam tempoh sehari menyebabkan imam di desa itu terlalu sibuk menguruskan jenazah.
Desa Karanglo dihuni kira-kira 1,500 keluarga dan majoriti daripada mereka bekerja sebagai petani.
Sementara itu, seorang penduduk Gofur berkata, dia yakin ramai penduduk jatuh sakit akibat pencemaran dari sebuah kilang simen berhampiran.
“Ramai percaya mangsa yang jatuh sakit dan meninggal dunia ini akibat menghidu debu yang dikeluarkan dari kilang simen berkenaan,” katanya.
loading...

0 Response to "(ViRaL) AllahuAkbar.. Misteri Sebuah Kampung Sering Berlaku Kematian.. 61 Penduduk Meninggal Dalam Masa 45 Hari.. "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close