(TRENDING) "Pisau itu Tertusuk Beberapa Inci ke Dalam Tengkoraknya.." - Wanita Masih Hidup Selepas Pisau Tertusuk Dalam Kepala !

loading...

Wanita Masih Hidup Selepas Pisau Tertusuk Dalam Kepala



Meskipun kepala tertusuk dengan pisau namun Alcileide Rodrigues dos Santos masih hidup ketika dia ditemui oleh polis dan sempat memaklumkan siapa dalang yang bertanggungjawab melakukan demikian kepadanya.
Pisau itu tertusuk beberapa inci ke dalam tengkoraknya dan dia ditemui sedang duduk di kerusi panjang di bandar San Pedro.
Ketika ditemui, Alcileide memberitahu polis bahawa bekas teman lelakinya yang berusia 19 tahun yang melakukan perbuatan berkenaan.
Jelasnya dia diserang oleh lelaki berkenaan pada pukul 5 petang namun tidak menjelaskan punca serangan berlaku.
Selepas diserang, Alcileide duduk di atas kerusi panjang di kawasan itu dan kecederaannya itu disedari oleh anggota polis setelah melihat dia berlumuran darah.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital . Nasib baik pisau itu tidak terkena otaknya meskipun pisau itu tertusuk beberapa inci ke dalam tengkoraknya.
Alcileide kini sedang menjalani rawatan pemulihan dan polis juga sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Suspek kes itu bagaimanapun melarikan diri dan usaha mengesannya sedang dijalankan
loading...

0 Response to "(TRENDING) "Pisau itu Tertusuk Beberapa Inci ke Dalam Tengkoraknya.." - Wanita Masih Hidup Selepas Pisau Tertusuk Dalam Kepala !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close