(TRENDING) " Makcik Cakap Kalau Tak Tukar Kad Nanti Tak Boleh Nak Ambil Duit Gaji Felda sebab Masuk Bank. "

loading...
Ohhhh Debit Card... Aduhhhh..


Xyah nak panik sgt pasal ATM card
Saya kongsikan tulisan ini drp rakan grup whatsApp.
OHH DEBIT CARD
sejak dua menjak ni boleh dikatakan semalaya bercerita pasal debit card.
.
New world oder sikit-sikit dah mula tunjukan kekuasaannya melalui bank.
Ini berkaitan dengan permainan dunia, saya tak mahu ulas lebih.
Cuma Nak share apa yang saya nampak depan mata & saya faham.
1) bank berjaya triger situasi panik pd rakyat malaysia terutamanya warga tua.
2) orang beratur punya ramai nak tukar kad dan nombor giliran habis jam 10am
3) makcik-makcik datang dari jauh sewa teksi bayar mahal-mahal beratur kat bank untuk dapatkan nombor tukar kad tapi hampa sebab nombor habis.
4) tak putus asa esok datang lagi,bayar lagi kos minyak kereta,beratur lagi kali ni dapat nombor, alhamdulillah dapat nombor "1097" sekarang nombor baru "1042"
5) yang tua dengan yang muda sama beratur, tak ada special lane untuk warga emas. makcik cakap kalau tak tukar kad nanti tak boleh nak ambil duit gaji felda sebab masuk bank.
6) mak saya cakap kalau tak tukar kad nanti tak dapat "BR1M" 2017.
- Perlu ke tukar kad baru sebenarnya?
- Warga emas buat belian online yang guna debit kad ke?
- call HQ, staf beri tahu kalau tak buat penukaran pun masih boleh keluarkan duit cuma tak boleh guna fungsi DEBIT KAD & PAY WAVE sahaja.
- kenapa nak momokan penukaran kad baru tahun 2017 akan di cas RM12++ bukan ke selama ni setiap kali penukaran kad akan didebit dalam akaun?
-Kenapa tak ada siapa terangkan?
-Kenapa pekerja bank tak berusaha semaksima mungkin untuk terangkan?
-Kenapa tak keluar dari pintu bank terangkan pada orang ramai?buang rasa malu. Ini kerja mulia.
-Kenapa tiap staff bank tak nak gunakan personal FB masing-masing buat pencerahan?
-Kenapa tak kesian pada orang yang kurang bijak dalam hal ni?
Kalau yang baca ni perihatin sampaikanlah pada orang sekeliling supaya reda situasi panik.
.
Kesian sunguh pada makcik-makcik,depa bukan orang senang cuma depa sangat takut kalau hilang duit,percayalah seringgit pun depa tak mahu hilang kena tipu.
Ye faham trend ni kita dah tak boleh nak ubah, tapi tentu boleh kalau kita nak mudahkan.

loading...

0 Response to "(TRENDING) " Makcik Cakap Kalau Tak Tukar Kad Nanti Tak Boleh Nak Ambil Duit Gaji Felda sebab Masuk Bank. ""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close