loading...
Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya
Menurut Pertubuhan Kanser Amerika, di dalam sebatang rokok mempunyai 7000 lebih bahan kimia. 70 lebih daripada bahan kimia tersebut adalah menjadi penyebab kepada kanser.
Tetapi hanya satu sahaja bahan yg menyebabkan ketagihan. Itu lah Nikotin,Nikotin merupakan salah satu bahan kimia utama di dalam tembakau. Ia merupakan kompaun yang mendatangkan kesan yang cepat ke atas badan disebabkan cara pengambilannya iaitu dengan cara menghidu asap tersebut.
Salah satu fungsi nikotin adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok dan juga gairah. Ini akan membuatkan sesorang itu dapat lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkerjaan dan lebih kuat ingatannya.
Umum mengetahui kesan merokok dapat menyebabkan kanser mulut dan kerusakan paru paru serta merusak janin wanita yang hamil,seperti mana yang di alami oleh seorang wanita yang telah 3 kali keguguran karena memiliki suami perokok.
“Saya melihat semua keputusan darah isteri dia yang semuanya kelihatan normal. Scan pun menunjukkan keadaan uterus yang normal.Sepatutnya tiada masalah bagi dia meneruskan kandungannya.Pandangan aku terhenti bila melihat kuku suaminya yang kelihatan kekuningan”kata doktor kandungan yang menceritakan pengalaman ini.
Katanya setelah ditanya sama ada lelaki itu merokok atau tidak,Lelaki itu tersentak dan mengaku,ketika itu juga dia diceramah keburukan merokok sehingga telinganya kemerahan.doktor juga menambah point dalam ceramah itu, salah satu keburukan merokok adalah ia menjadi penyebab kepada keguguran.
“Dengar sahaja penyebab keguguran, isterinya memincingkan matanya lagi tanpa berkata apa-apa. Seolah-olah seperti Singa betina yang dalam kelaparan”ujar doktor
Doktor itu melanjutkan cerintanya,katanya setelah 10 bulan ia berjumpa balik pasangan tersebut dengan anaknya yang baru lahir.
Bagaimanapun katanya pasangan itu mengucapkan terimaksih atas nasihat doktor 10 bulan lalu dan pasangan itu menceritakan pengalamannya selepas berhenti merokok.
Ini merupakan salah satu cerita dimana orang lain merokok tetapi orang yang disekeliling mendapat komplikasi daripada perbuatan mereka.
Saya pernah melihat isteri yang mendapat kanser paru-paru disebabkan suaminya perokok. Kanak yang mendapat asma disebabkan bapanya yang merokok dan banyak lagi.kata doktor tersebut.
loading...
0 Response to "(TRENDING) " Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya... ""
Post a Comment