(TRENDING) " Saya Tak Nafikan Hal Itu, Hubungan Kami Sekarang adalah ‘Complicated’ " - Neelofa Tutup Mulut !

loading...

 " Hubungan Kami Sekarang adalah ‘Complicated’ " - Gossip Fattah Bercinta Wanita Kacukan Jadi Hot Story !


Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui wujud orang ketiga membabitkan hubungannya dengan pelakon Fattah Amin.
Bagaimanapun, Neelofa, 27, enggan berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu kerana mahu menjaga hati pihak lain.
"Saya tak nafikan perkara itu, cuma buat masa sekarang tak adil sekiranya saya memberikan kenyataan tanpa kehadiran Fattah.
"Bukan apa, saya tak mahu kenyataan ini nanti melukakan hati pihak lain. Saya sendiri fobia dalam memberikan kenyataan. Dalam perkara ini saya tahu Fattah ada jawapannya," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Neelofa yang juga pengacara program MeleTop menjelaskan orang sekeliling yang rapat dengannya mengetahui cerita ini.
"Saya pun baru menyedari dan mengetahui perkara ini. Apa saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu.
"Mujur saya jenis yang cepat 'move on' dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu," katanya.
Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Fattah sedang menjalin hubungan dengan pelakon wanita berdarah kacukan.
Walaupun tidak menyatakan dengan jelas hubungan yang terjalin antara dia dengan Fattah Amin, namun kenyataan Neelofa itu seakan menjawab segala persoalan yang terbuku selama ini apabila mereka dikatakan bercinta selepas bergandingan dalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot.
"Berada di tempat saya bukannya mudah. Banyak perkara perlu diambil kira. Saya tak boleh membuat keputusan secara terburu-buru.
"Kalau saya orang biasa mungkin tidak serumit keadaan saya. Apa yang jelas, hubungan kami sekarang adalah ‘complicated’ (sukar)," katanya.



loading...

0 Response to "(TRENDING) " Saya Tak Nafikan Hal Itu, Hubungan Kami Sekarang adalah ‘Complicated’ " - Neelofa Tutup Mulut !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close