(VIRAL) Bayi 10 Bulan Dijangkiti Penyakit Berbahaya Selepas Diletak Dalam Troli Pasar Raya

loading...

Bayi 10 Bulan Dijangkiti Penyakit Berbahaya Selepas Diletak Dalam Troli Pasar Raya


Seorang ibu pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar raya bersama dengan bayinya berusia 10 bulan, tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa anaknya itu. 24 jam selepas pulang dari pasar raya berkenaan, anaknya, Logan, demam panas dengan suhu 103′ dan dikejarkan ke hospital, lapor Shareably.
Mangsa terpaksa menahan derita beberapa penyakit yang menyerangnya termasuk meningitis. Selepas melakukan siasatan, doktor mengesyaki mangsa mendapat jangkitan bakteria itu dari troli pasar raya.
Berikutan kejadian itu, ibu mangsa, Vivienne Wardrop, menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat duduk kanak-kanak pada troli pasar raya sebelum meletakkan si kecil dalam troli.
Menurut Vivienne, 24 jam selepas pulang dari pasar raya, anaknya mula muntah. Lebih teruk lagi, si kecil itu juga demam panas yang teruk dan mengalami cirit birit.
“Dia cirit merata-rata. Bila saya cuba beri dia minum susu, dia muntahkan semua,” katanya.
Berikutan keadaan Logan yang agak teruk itu, Vivienne segera membawa anaknya ke hospital. Setibanya di sana, doktor mengesahkan anaknya hantar dijangkiti virus dan disuruh pulang.
Namun pada keesokkan hari, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh dan mengalami dehidrasi.
Enggan mengambil sebarang risiko, Vivienne sekali lagi membawa anaknya ke hospital. Logan dimasukkan ke wad dan dibawah pemantauan pihak hospital selama 10 hari (8 hari dalam ICU).
Dalam tempoh itu juga, doktor mendapati mangsa dijangkiti adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis. Mangsa yang berusia 10 bulan itu terpaksa berdepan dengan kesemua penyakit itu dalam usia yang sangat muda.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah dijangkiti meningitis. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah mengetahui simptom penyakit tersebut:
-Demam, pening kepala dan leher kaku
-Ruam, kurang selera makan dan kurang aktif
Selepas insiden yang menimpa anaknya, Vivienne merasa dirinya perlu memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain mengenai hal tersebut. Apabila menggunakan troli pasar raya, pastikan tempat duduk kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan yang mampu disentuh oleh anak perlu dibersihkan terlebih dahulu menggunakan tisu antibakteria sebelum menempatkan anak dalam troli. Atau jika larat, dukung saja anak-anak anda.
Alternatif lain, letakkan kain di tempat duduk tersebut.
Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Bayi 10 Bulan Dijangkiti Penyakit Berbahaya Selepas Diletak Dalam Troli Pasar Raya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close