loading...
Mimpi Menangis Di Sisi Jenazah Ibu,Rupa Rupanya Pertanda Ajal
“Kelmarin saya bermimpi ibu meninggal dunia, tidak sangka pula keesokannya dia benar-benar pergi,” kata Mohd Syukri Jusoh, 33, yang ibunya Nazipah Chik, 60, maut dalam kemalangan di Kilometer 3.8, Jalan Tampin-Gemas, kira-kira 3 petang semalam.
Kemalangan itu turut meragut nyawa abangnya, Mohd Fadzil Jusoh, 37, dan dua daripada tiga anak kembar mangsa, Nur Farhana dan Muhammad Farhan, setahun.
Seorang lagi anak kembar Mohd Fadzil iaitu Muhammad Farhimi dan isterinya, Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, serta adik perempuannya, Nursyuhaidah, 23, cedera parah.
Seorang lagi anak kembar Mohd Fadzil iaitu Muhammad Farhimi dan isterinya, Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, serta adik perempuannya, Nursyuhaidah, 23, cedera parah.
Mohd Syukri, dari Kampung Binjai dekat sini berkata, dalam mimpi itu dia menangis di sisi jenazah ibunya yang sudah siap dikafankan.
“Sebaik terjaga dari tidur saya menceritakan mimpi itu kepada isteri, Ina Yuni, 27, namun dia menganggap itu hanyamimpi biasa.
“Tak sangka pula mimpi itu jadi kenyataan semalam,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Menurutnya, dia dan isteri sepatutnya turut bersama arwah abang dan ibunya menghadiri majlis perkahwinan anak angkat ibunya di Muar, Johor.
“Saya sudah memohon cuti empat hari namun tetapi membatalkannya kerana berasa tidak sedap hati. Ibu cuba memujuk tetapi saya tetap tidak mahu pergi,” katanya.
Menurutnya, arwah ibunya juga ada meminta kebenaran membawa anak lelakinya berusia enam tahun namun dia keberatan dan tidak mengizinkan anaknya itu ikut,
“Saya amat sedih dengan nasib abang dan isteri yang baru mendapat cahaya mata selepas 10 tahun berkahwin,” katanya.
loading...
0 Response to "(VIRAL) " Saya Bermimpi Ibu Meninggal Dunia, Tak Sangka pula Keesokannya Dia benar-benar Pergi,” "
Post a Comment